Osama Bin Laden
Osama bin Mohammed bin Awad bin Laden yang popular dikenal dengan Osama
bin Laden, dilahirkan pada tanggal 28 Jun 1957 di kota Jeddah, Arab
Saudi, kawasan pantai Laut Merah. Osama adalah anak ke 17 dari 52 orang
anak bersaudara.
Bapanya bernama Mohammed bin Laden, adalah seorang petani miskin dari
Yaman yang kemudian berpindah ke Arab Saudi selepas Perang Dunia II. Di
tempat yang baru ini Mohammed bin Laden memulakan kerjayanya yang baru
bergerak dalam bidang perniagaan pembangunan.
Pada akhirnya beliau mendapat banyak kontrak bagi pembangunan
masjid-masjid dan istana-istana yang sangat bernilai dari pemerintah
Arab Saudi. Oleh kerana itu beliau telah mengembangkan tali persahabatan
yang sangat akrab dengan keluarga Kerajaan Saudi.
Mohammed bin Laden
kemudian telah menjadi salah seorang yang paling kaya di Arab Saudi,
yang dianggarkan memiliki aset jutaan dollar Amerika Syarikat. Dari
keuntungannya ini dianggarkan Mohammed bin Laden memiliki saham sejumlah
hampir 300 juta dollar Amerika.
Ketika di usia remaja, Osama bin Laden telah bergabung dengan gerakan
Wahhabi Konservatif-Baru (Ultrakonservatif) ; dan beliau pernah
menyertai jabatan polis yang menegakkan undang-undang syariah.
Osama
adalah seorang bekas mahasiswa Universiti Raja Abdul Aziz di Jeddah,
dimana beliau berguru kepada salah satu diantara gurunya,iaitu Sheikh
Abdullah Azzam. Guru Abdullah Azzam inilah yang kemudian diketahui
sebagai tokoh utama yang memainkan peranan menggerakkan sokongan kepada
bangsa Arab bagi kaum Mujahidin yang berperang melawan kependudukan
Russia di Afganistan. Osama bin Laden lulus pengajiannya dan mendapat
ijazah sarjana tahun 1979 dalam bidang Ekonomi dan Pengurusan.
Osama bin Laden mula membangunkan jaringan komunikasinya pada tahun 1979
ketika beliau ke Afganistan menyertai perang kaum pejuang Afgan yang
dikenali sebagai kaum mujahidin yang tetap bertahan dan bertempur
melawan Kesatuan Soviet. Osama mengeluarkan dana daripada aset
kekayaannya dan pengaruhnya keluarganya bagi gerakan pertahanan Afgan,
dan membantu kaum Mujahidin dengan bantuan logistik dan bantuan
kemanusiaan. Osama juga terlibat mengambil bahagian dalam beberapa
pertempuran selama perang Afganistan.
Ketika peperangan melawan Soviet hampir berakhir, Osama menubuhkan
gerakan Al Qaeda, sebuah organisasi bekas pejuang Mujahedin dan para
penyokong lainnya yang membantu menyalurkan baik dana dan pasukan
pejuang untuk gerakan pertahanan Afgan.
Ketika tentera Soviet berundur keluar dari Afghanistan, Osama bin Laden
pulang ke Arab Saudi dan menceburi perusahaan pembinaan dan pembangunan
milik keluarga, Kumpulan Perusahaan Bin Laden. Di sini beliau
kemudiannya bersama dengan kelompok orang-orang Saudi yang haluan kiri
dan menentang pemerintahan kerajaan / monarki Saudi, iaitui terhadap
[[Keluarga Raja Fahd. Pada tahun 1995 Osama bin Laden membangunkan
infrasruktur di Sudan ketika hubungannya dengan Presiden Umar Al Basyir
dan Dr Hasan Turabi yang memerintah Sudan.
Pada tahun 1994, Pemerintah Saudi menarik hak kewarganegaraan Osama dan
membekukan seluruh aset dan kekayaannya di seluruh negara.Menurut
Pemerintah Amerika Syarikat, Al Qaeda telah meniru gerakan-gerakan
perikatan dengan pola pemikiran golongan fundamentalis, seperti misalnya
golongan Al-Jihad di Mesir, Gerakan Hizbullah di Iran, Front Islam
Nasional di Sudan, dan kelompok-kelompok jihad lain di Yaman, Saudi
Arabia, dan Somalia. Organisasi Osama bin Laden juga memiliki
ikatan-ikatan dengan "Kelompok Islam" yang pada suatu ketika dibawah
pimpinan Syaikh Omar Abdel Rahman, seorang ulama Mesir yang di jatuhi
hukuman penjara seumur hidup sejak pengakuannya pada tahun 1995
menggagalkan persekongkolan meletupkan beberapa tempat di kawasan bandar
New York. Pada akhir tahun 1990-an dua orang anak Sheikh Rahman
bergabung bersama kekuatan tentera dan perjuangan Osama bin Laden.
Sejak tahun 1992, Pemerintah Amerika Syarikat memberi amaran bahawa
Osama bin Laden dan anggota-anggota lainnya dari gerakan Al Qaeda
menjadi sasaran tentera Amerika yang bertugas di Saudi Arabia, dan di
Yaman, dan kesatuan ketenteraan yang ditugaskan di Gurun Afrika,
termasuk di Somalia. Pada bulan Oktober 1993,dilaporkan 18 orang anggota
tentera kebangsaan Amerika Syarikat yang bekerja untuk bantuan
kemanusiaan di Somalia, terbunuh di sana ketika menjalankan kerja sosial
mereka. Mayat tentera pekerja sosial itu diseret dan dianiaya di
sepanjang jalan-jalan raya.
Pada 7 Agustus 1998,lapan tahun selepas tentera AS di tugaskan beroperasi
di Arab Saudi, dua trak mengandungi bom meletup di luar Kedutaan Besar
Amerika Syarikat di Nairobi, Kenya; dan di Dares Salaam, Tanzania. Osama
bin Laden mengaku tidak bertanggungjawab, tetapi para Hakim menegaskan
keterlibatan dan kesalahannya itu terbukti dengan adanya surat-surat
faksimili yang dikirimkan oleh kelompok Sel Osama di London setidaknya
kepada tiga agen penjualan media internasional. Para Hakim juga
menunjukkan pengakuan penjenayah tertuduh pelaku pengeboman
Kedutaan-Kedutaan Besar , yang mengaku mereka adalah anggota gerakan Al
Qaedah.
Empat belas hari kemudian, pada 20 Agustus 1998, Presiden Bill Clinton
memerintahkan armada Kapal Perang Amerika Syarikat menggempur kem-kem di
Afganistan yang disyaki sebagai markas latihan pengganas, dan
penggempuran keatas kilang pengujian bahan kimia di Khartoum, Sudan.
Osama bin Laden selamat dari serangan itu dan dijatuhkan hukuman oleh
kerajaan Amerika Syarikat atas tuduhan sebagai perancang
serangan-serangan bulan November 1998.
Presiden George W. Bush telah menyatakan bahawa Osama adalah tertuduh
utama dalam serangan pengganas di bandar New York dan Washington pada 11
September 2001; dan serangan pengganas yang lain keatas
Kedutaan-Kedutaan Besar Amerika Syarikat, kapal-kapal perang, dan
asset-aset Amerika Syarikat yang lain.
Para pejuang Taliban telah mengutuk serangan hari Selasa ke atas Amerika
Syarikat itu dan menegaskan bahawa Taliban tidak terlibat. Osama bin
Laden secara tegas dan meyakinkan telah menyangkal penglibatan dirinya
dalam serangan 11 September 2001 itu.
Osama bin Laden boleh disamakan dengan Che Guevara dalam perjuangannya
terhadap ketidakadilan yang terjadi akibat haegemoni barat khususnya
Amerika Syarikat terhadap bangsa bangsa di dunia khususnya yang terjadi
di negara negara dunia Islam. Banyak pengamat Islam Antarabangsa
menyatakan bahawa perjuangan Osama bin Laden dan Al Qaeda akan tetap
berterusan selama dunia barat khususnya Amerika Syarikat tidak mengubah
dasar luar yang tidak adil terhadap negara negara dunia Islam. Isu
palestin adalah diantaranya, serta serangan dan pendudukan tentera AS di
Iraq membuat masalah yang dikatakan rekayasa dunia barat sebagai
terorisme ? tidak akan selesai selamanya!
Comments
Post a Comment